Isu dan kontroversi Azharuddin Abdul Rahman

Beliau berhadapan tugas berat mengendalikan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 MAS pada Mac 2014 sehingga kini. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Operasi Menyelamat penerbangan MH370.[1]

Kemudian beliau berhadapan dan mengendalikan kes pesawat MH17 MAS yang ditembak dan jatuh terhempas di Donetsk, Ukraine.[2]

MH370

Ketika berhadapan dengan tragedi MH370 , beliau memberikan sidang akhbar di beberapa tempat di Kuala Lumpur. Taklimat dan sidang akhbar berhadapan dengan wartawan tempatan dan media asing yang ingin maklumat lanjut dan tepat tentang MH370. Di Hotel Sama-Sama atau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sidang media diadakan bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Sidang akhbar turut diberi atau disertai oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Abdul Aziz Kaprawi, Abdul Rahim Bakri dan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.[3] Pertemuan turut diadakan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Rod Smith dan Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Martin Dolan kerana rakyat Australia turut menjadi mangsa selain China, Amerika Syarikat, Indonesia dan lain-lain. Duta Khas Perdana Menteri ke China, Tan Sri Ong Ka Ting turut hadir kerana ramai waris dari China yang penuh emosi mahukan jawapan segera.[4] Misteri MH370 terus menjadi bualan dan kecaman media massa. Contohnya akhbar China, South China Morning Pos yang tidak puas hati dengan kehadiran rakyat Iran dalam pesawat MH370.[5]

MH17